
RANAU: Penduduk di daerah ini, khususnya yang tinggal di kawasan tinggi, terkejut apabila gempa bumi berukuran 2.8 magnitud menggegarkan daerah itu petang Isnin.
Menurut MetMalaysia, gempa lemah pada 2.56 petang itu berlaku di koordinat 5.97° Utara dan 116.57° Timur, pada jarak 15km di barat Ranau dan kedalaman 10 kilometer.
AdvertisementKetua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai kerosakan bangunan atau harta benda.
“Bagaimanapun, kami sedang memantau keadaan di sekitar kawasan pekan Kundasang dan Ranau. Setakat ini keadaan masih terkawal,” katanya.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beberapa penduduk yang ditemui berkata, gegaran kali ini tidak sekuat sebelum ini.
Ridwan menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengingati langkah berjaga-jaga jika berlaku gempa bumi dan mengutamakan keselamatan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Jika berlaku gegaran, keluar dari kawasan bangunan ke kawasan lapang, jangan panik dan laporkan kepada bomba sekiranya berlaku kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa,” katanya, menambah mereka boleh membuat laporan kepada Bomba Ranau pada talian 088-878779.
Insiden pada Isnin mengingatkan kembali peristiwa yang mengejutkan seluruh negara pada 5 Jun 2015, apabila gempa bumi berukuran 6.0 Richter melanda Ranau, menyebabkan 18 individu terkorban.


