Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Indonesia

6 Feb 2025 • 10:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Indonesia

Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia, pada jam 9.16 malam, sebentar tadi.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 4.3° Utara dan 126.7° Timur, dengan magnitud 5.6 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 22 kilometer Timur Laut dari Pulau Talaud, dengan kedalaman 24 kilometer.

Setakat ini, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia.

https://www.facebook.com/share/p/1DYR6rmPhL/

Sumber: METMalaysia