
Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Sumatera Utara
Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Sumatera Utara, pada jam 4:06 pagi tadi.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 1.2° Utara dan 97.0° Timur, dengan magnitud 5.9.
Baca juga:
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 67 kilometer Barat dari Nias, Indonesia, dengan kedalaman 18 kilometer.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.

