Gempa Bumi Dilapor Landa Kota Marudu, Sabah
Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah, pada jam 1o.39 pagi, hari ini.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 6.3° Utara dan 116.8° Timur, dengan magnitud 3.8 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 27 kilometer Selatan dari Kota Marudu, Sabah, dengan kedalaman 10 kilometer.
Difahamkan, gegaran turut dirasai di kawasan Kota Marudu, Sabah.
METMalaysia memaklumkan bahawa pihak mereka akan terus memantau perkembangan situasi ini.
Justeru itu, orang ramai, khususnya mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini, digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan mengisi borang soal selidik ini.
Dalam pada itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.
Sumber: METMalaysia
The post Gempa Bumi Dilapor Landa Kota Marudu, Sabah appeared first on Siakap Keli.



