Gempa bumi lemah di Kota Marudu

LocalEnvironment
10 Feb 2025 • 3:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KOTA MARUDU: Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 dilaporkan telah berlaku di Kota Marudu pada Isnin, jam 10:39 pagi.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pusat gempa itu berada di kedudukan 6.3 darjah utara dan 116.8 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer.

AdvertisementGegaran mungkin dirasai oleh penduduk di sekitar kawasan Kota Marudu berikutan kedudukan pusat gempa 27 kilometer selatan dari Kota Marudu

MetMalaysia akan terus memantau keadaan berikutan kejadian tersebut.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata pihak bomba telah membuat pemantauan di beberapa lokasi atau premis berisiko di sekitar daerah tersebut.

Bagaimanapun pihak bomba belum menerima sebarang aduan berhubung kerosakan atau panggilan kecemasan, katanya.