Gempa bumi kuat 7.4 skala Richter landa Mindanao, Filipina

10 Oct 2025 • 11:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada 9.44 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 7.3 darjah utara dan 127.0 darjah timur, iaitu kira-kira 122 kilometer tenggara dari Bislig, Filipina dengan kedalaman 70 kilometer.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.