Gempa bumi kuat berlaku di Mindanao, Filipina

17 Oct 2025 • 9:36 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 berlaku di Mindanao, Filipina pada 7.03 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 9.8 darjah utara dan 126.2 darjah timur, kira-kira 76 kilometer (km) timur dari Surigao City, Filipina.

Gempa bumi dengan kedalaman 52 km itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA