YouTube dan YouTube Music Mengalami Gangguan – Jutaan Terjejas

WorldTechnology
16 Oct 2025 • 8:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pagi ini jika anda tidak boleh menstrim video atau mendengar lagu menerusi YouTube atau YouTube Music ia bukan salah anda. Gangguan di kedua-dua perkhidmatan ini berlaku di peringkat global dengan isu dilaporkan pengguna di Malaysia, Amerika Syarikat dan India.

image is not available

Isu mula dikesan sekitar 7.30 pagi ini dengan YouTube tidak boleh diakses menggunakan aplikasi telefon pintar, TV dan laman web. Laman Downdetector menunjukkan peningkatan laporan penstriman video di YouTube tidak boleh dilakukan secara mendadak. YouTube masih belum mengeluarkan kenyataan mengapa berlaku gangguan pagi ini.

Dikemaskini

YouTube dan YouTube Music sudah boleh diakses kembali sekitar jam 8.10 pagi ini di Malaysia. Akaun media sosial rasmi YouTube mengatakan isu telah diselesaikan untuk semua pengguna tetapi masih belum menjelaskan apakah yang menyebabkan gangguan berlaku.