Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea

15 Apr 2024 • 11:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan di New Britain Region, Papua New Guinea pada 4.56 pagi ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan di New Britain Region, Papua New Guinea pada 4.56 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa itu terletak di 5.8 darjah selatan dan 151 darjah timur dengan kedalaman 68 kilometer (km) iaitu 30km tenggara dari New Britain Island, Papua New Guinea.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved