Gempa bumi kuat landa Mindanao, Filipina, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

28 Jun 2025 • 8:34 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina, pada 7.07 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 109 kilometer (km) itu berlaku 141km utara dari Pulau Talaud, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA