Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

11 Jul 2024 • 12:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Jabatan Meteorologi Malaysia.

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa berpusat di koordinat 6.1 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur itu berlaku pada kedalaman 632 kilometer.

Pusat gempa terletak kira-kira 154 kilometer tenggara dari Isabela City, Filipina.

"Gegaran turut dirasai di sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan bagi Malaysia," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia di talian +60379678066 atau melayari laman web http://www.met.gov.my untuk maklumat lanjut. – BERNAMA