
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi, pada 4.50 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 131 kilometer (km) itu berlaku kira-kira kira-kira 120 kilometer (km) Barat dari Gorontalo, Indonesia.
MetMalaysia memaklumkan gegaran dirasai di bahagian Tawau dan Lahad Datu, Sabah.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - 24 Julai, 2025
The post Gempa bumi kuat landa Sulawesi, gegaran di Tawau, Lahad Datu appeared first on Scoop.

