Gempa Bumi Kuat Landa Rantau Kepulauan Tanimbar

WorldEnvironment
14 Jul 2025 • 3:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi Kuat Landa Rantau Kepulauan Tanimbar

Satu gempa bumi kuat telah dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar pada jam 1.49 petang, sebentar tadi.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 6.4° Selatan dan 131.9° Timur, dengan magnitud 6.6 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 510 kilometer Tenggara dari Ambon, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.

Hanya 10 minit selepas gempa sederhana di Utara Laut Maluku

Dalam pada itu, METMalaysia sebelumnya juga melaporkan satu gempa bumi sederhana berlaku di Utara Laut Maluku pada 1.39 petang.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 1.3° Utara dan 126.6° Timur, dengan magnitud 5.2 pada skala Richter.

Pusat gempa bumi ini terletak 105 kilometer Barat Laut dari Ternate, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, METMalaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber: METMalaysia (1) (2)