
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 direkodkan berlaku di Laut Banda, Indonesia pada jam 7.56 malam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata, koordinat gempa itu berada pada 7.5° Selatan dan 129.1° Timur.
Gempa tersebut berlaku kira-kira 440 kilometer selatan Ambon, Indonesia pada kedalaman 116 kilometer.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.





