
BATU PAHAT: Perairan Batu Pahat digemparkan dengan kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.4 pada skala Richter yang berlaku pada pukul 4:55 petang, hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa bumi tersebut dikesan terletak pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur.
Lokasi gegaran dikenal pasti berada di kawasan perairan pada jarak 27 kilometer barat daya daerah ini dengan kedalaman dianggarkan sejauh 10 kilometer.
Susulan kejadian tersebut, gegaran dilaporkan turut dirasakan oleh penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat dan beberapa wilayah berhampiran.
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan situasi berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan awam terjamin.-UTUSAN
The post Gempa bumi lemah berukuran 4.4 skala Richter di Batu Pahat appeared first on Utusan Malaysia.






