Gempa bumi lemah di Ranau

LocalEnvironment
16 Dec 2024 • 5:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan dari BBP Ranau membuat rondaan dan pemantauan di bangunan sekitar Ranau susulan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di daerah itu.

image is not available
Walaupun tiada sebarang gegaran dirasai ketika gempa bumi berlaku, namun anggota BBP Ranau melakukan rondaan bagi memastikan keadaan selamat.

KOTA KINABALU - Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter dikesan berlaku di sekitar Ranau pada jam 2.56 petang Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa itu itu di kedudukan 5.97 darjah Utara dan 116.57 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km) iaitu di sekitar 15 km Barat Ranau.

Gegaran dirasai di sekitar Ranau dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Talib berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak susulan kejadian tersebut.

"Malah tiada sebarang gegaran dirasai ketika gempa bumi berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, Ridwan berkata, susulan kejadian itu pasukannya turut melakukan rondaan bagi memastikan keadaan selamat.