Gempa bumi lemah dikesan di Ranau

31 Aug 2023 • 8:41 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.13 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman 5 km iaitu 13 km barat laut dari Ranau.

“Gegaran dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,“ menurut kenyataan itu. -Bernama