
PETALING JAYA – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku kira-kira 10 kilometer (km) barat Keningau, Sabah pada pukul 9.31 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa berkenaan berlaku pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 116.1 darjah Timur dengan kedalaman 10 km.
Menurut MetMalaysia, gegaran susulan kejadian itu dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.
Setakat ini, MetMalaysia berkata, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan diterima susulan kejadian berkenaan.
MetMalaysia turut memohon orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu supaya mengisi borang soal selidik bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat berkaitan kesan gegaran.
Orang ramai boleh mengisi borang tersebut menerusi pautan https://forms.gle/jeyKFVvFWK4BXcY19. -KOSMO! ONLINE
The post Gempa bumi lemah ‘gegar’ Keningau appeared first on Kosmo Digital.






