Dengar bunyi letupan sebelum bumi bergegar

LocalEnvironment
3 Sep 2026 • 5:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dengar bunyi letupan sebelum bumi bergegar

KOTA KINABALU – Sesi perbincangan petugas di Pejabat Daerah Keningau terhenti apabila bangunan itu tiba-tiba bergegar susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah berkenaan pada pukul 9.31 pagi tadi.

Petugas Pejabat Daerah Keningau, Daffri Adzahari berkata, ketika kejadian beliau bersama beberapa petugas sedang mengadakan perbincangan mengenai kerja di tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum merasai gegaran dengan jelas.

“Agak panik tetapi terkawal, seluruh petugas pada ketika itu dalam keadaan terkejut dan kami mengikut SOP (prosedur operasi standard) jika berlaku kecemasan untuk menyelamatkan diri ke kawasan pekarangan parkir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Daffri yang menetap di Keningau berkata, gegaran itu berlaku secara tiba-tiba menyebabkan petugas yang berada di pejabat berkenaan menghentikan urusan masing-masing sebelum bergerak ke kawasan selamat mengikut prosedur kecemasan.

Sementara itu, peniaga kecil-kecilan, Lusilly Gamin, 45, dari Kampung Kapakaan Biah berkata, dia sedang berada di garaj rumah bersama suami ketika terdengar bunyi seperti letupan sebelum merasai gegaran seketika.

“Kebetulan ketika itu kami di luar rumah iaitu di garaj, mulanya kami dengar bunyi meletup selepas itu terasa gegaran,” katanya.

Lusilly berkata, gegaran itu hanya seketika dan tidak panik, sebaliknya tertanya-tanya mengenai bunyi serta gegaran yang dirasai kerana jarang mengalami keadaan sedemikian.

Beliau hanya mengetahui kejadian itu adalah gempa bumi selepas membaca maklumat mengenainya menerusi WhatsApp, sambil mengakui terkejut apabila mendapat tahu gempa bumi lemah berlaku di Keningau.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional mengesan gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 pada kedalaman 10 kilometer (km) di daerah Keningau pada 9.31 pagi tadi.

Sehingga 11.30 pagi, jabatan itu telah menerima 463 laporan gegaran dirasai daripada orang awam di sekitar daerah itu. – Bernama

The post Dengar bunyi letupan sebelum bumi bergegar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved