Gempa Bumi Lemah Landa Bukit Kepong, Pagoh Sebentar Tadi

LocalEnvironment
28 Dec 2025 • 9:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi Lemah Landa Bukit Kepong, Pagoh Sebentar Tadi

Satu gempa bumi lemah 3.4 Magnitud telah berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Johor pada jam 8:55 pagi, 28 Disember 2025.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran berlaku di 2.4° Utara dan 102.7° Timur dengan jarak 16km  dari BD Segamat, Johor.

Pusat gegaran terletak pada kedalaman 10km.

Difahamkan, gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor dan Melaka.

Sehubungan itu, MetMalaysia memohon orang ramai yang merasai gegaran gempa bumi ini untuk mengisi borang kaji selidik melalui pautan https://forms.gle/CyUwHQE9LnyuWaJ37.

The post Gempa Bumi Lemah Landa Bukit Kepong, Pagoh Sebentar Tadi appeared first on Siakap Keli.