Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan Ketika Gempa Bumi Lemah Di Bukit Kepong

LocalEnvironment
28 Dec 2025 • 11:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 dikesan berlaku di Bukit Kepong, Muar, Johor kira-kira jam 8.55 pagi tadi, lapor Berita RTM.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian berkenaan.

Beliau turut memaklumkan tiada kerosakan harta benda dilaporkan berlaku.

image is not available

Tiada sebarang ancaman ancaman tsunami kepada negeri Johor dan setakat ni, keadaan adalah terkawal,” 

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa agar rakyat khusunya penduduk Johor sentiasa mendapat maklumat yang tepat dan sahih.

Sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk di Johor dinasihatkan agar kekal bertenang, menjauhi struktur yang tidak kukuh serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Sumber: Berita RTM

Sumber: Facebook Onn Hafiz Ghazi

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.