Gempa bumi lemah landa Segamat, gegaran dirasai penduduk sekitar

3 Nov 2025 • 9:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 NOV: Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Jementah, Segamat, Johor pada 7.55 malam tadi, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan, kejadian berkenaan berpusat pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira 3km di Barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran turut dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya,” menurut MetMalaysia di Facebook.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik MetMalaysia di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7 bagi membantu pemantauan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved