
SHAH ALAM, 17 NOV: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 12.10 tengah malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada koordinat 1.7 darjah utara dan 102.8 darjah timur, kira-kira 19 kilometer barat daya Batu Pahat.
Menurutnya, lokasi gempa turut terletak 106 kilometer barat laut Tanjung Balai-Meral, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, satu lagi gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 dilaporkan berlaku di rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada jam 5.11 pagi tadi.
MetMalaysia memaklumkan gempa berkenaan berlaku kira-kira 468 kilometer tenggara Ambon, Indonesia, pada kedalaman 76 kilometer.
Gempa itu dikesan pada koordinat 6.0 darjah selatan dan 131.7 darjah timur.
Bagaimanapun, MetMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.



![[VIDEO] Rakyat Malaysia di Jepun cemas rasa gegaran kuat awal pagi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-08-at-11.55.54-AM-1024x637.jpeg)
