Gempa bumi: Penduduk Paginatan tidak rasa gegaran- Bomba

LocalEnvironment
3 Oct 2026 • 3:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gempa bumi: Penduduk Paginatan tidak rasa gegaran- Bomba
Pasukan bomba menjalankan pemantauan dan temu bual penduduk di Paginatan, Ranau, susulan gempa bumi lemah berlaku di kawasan tersebut.

KOTA KINABALU -Tiada sebarang gegaran dirasai penduduk susulan gempa bumi lemah yang berlaku di Paginatan, Ranau, pada pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, pemantauan dibuat di sekitar kawasan susulan kejadian tersebut.

"Pemantauan dan temu bual beberapa penduduk setempat berhubung dakwaan berlaku gegaran gempa bumi telah dilakukan.

"Hasil pemeriksaan dan maklum balas yang diperoleh mendapati penduduk tidak merasai sebarang gegaran serta tiada kesan atau kerosakan dilaporkan di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, selepas memastikan tiada lagi unsur bahaya dan risiko lain di lokasi, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya.

Sebelum itu, kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di kawasan Paginatan, Ranau pada jam 10.57 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi berkenaan dikesan berkoordinat 5.9 darjah utara dan 116.7 darjah timur pada kedalaman 13 kilometer (km).

Menurut MetMalaysia, lokasi gempa bumi itu terletak kira-kira 14km Selatan dari Ranau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved