
PETALING JAYA – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 dikesan berlaku di Panginatan, Ranau pada pukul 10.57 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur.
“Pusat gempa tersebut terletak kira-kira 14 kilometer selatan dari Ranau dengan kedalaman 13 kilometer. Gegaran dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya,” lapor MetMalasia menerusi kemas kini laporan di Facebook, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan susulan kejadian tersebut.
“Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan: https://forms.gle/cYMVjU7DYeKBV3ZbA,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Gempa bumi di Ranau, Sabah appeared first on Kosmo Online.





