Gempa bumi sederhana di Mindanao, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - MetMalaysia

13 Jun 2026 • 12:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gempa bumi sederhana di Mindanao, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - MetMalaysia
Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 km, kira-kira 101 km selatan dari Koronadal City, Filipina. Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 10.05 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 101 km selatan dari Koronadal City, Filipina. 

"Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. 

Kawasan selatan Filipina sebelum ini dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud pada Isnin lepas yang menjejaskan ratusan ribu penduduk di Mindanao, dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar Tawau dan Semporna di Sabah.

Setakat Khamis, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina mengesahkan sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh, 31 masih hilang, manakala lebih 346,000 orang terjejas akibat bencana berkenaan. - Bernama