Gempa Bumi Sederhana ‘Gegar’ Rantau Kepulauan Filipina

7 Sep 2025 • 4:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi Sederhana ‘Gegar’ Rantau Kepulauan Filipina

Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada jam 3.29 petang, sebentar tadi.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 9.2° Utara dan 127.1° Timur, dengan magnitud 5.2 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 99 kilometer Timur dari Gingoog City, Philippines, dengan kedalaman 10 kilometer.

Tambah METMalaysia, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber: METMalaysia