Gempa bumi sederhana landa Kalimantan barat Indonesia

20 Jun 2023 • 9:09 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 4.6 pada skala Richter melanda daerah Mahakam Ulu, Kalimantan Timur Indonesia pada Selasa.

Pusat gempa dikesan 47 kilometer (km) ke tenggara daerah itu pada kedalaman 10 km, menurut agensi geofizik negara BMKG.

Agensi itu dalam akaun Twitternya berkata gempa melanda kira-kira 1.43 tengah hari waktu Indonesia timur, dengan gegaran dirasai di kawasan Mahakam Ulu dan Samarinda.

Tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda setakat ini.

Mahakam Ulu terletak berhampiran sempadan Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Timur, Indonesia di Borneo.-Bernama