Gempa bumi sederhana landa Sumatera, gegaran turut dirasai di Malaysia

18 Mar 2025 • 7:59 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher melanda luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 6.22 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 41 km timur dari Sibolga, Indonesia.

Gegaran gempa bumi itu turut dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA