Gempa Sumatera Utara: Rakyat Malaysia Kongsi Gegaran Dirasai Jelas

LocalEnvironment
18 Mar 2025 • 10:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Sumatera Utara: Rakyat Malaysia Kongsi Gegaran Dirasai Jelas

Awal pagi tadi, penduduk di sekitar Lembah Klang dikejutkan dengan gegaran jelas yang dirasai susulan gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter yang melanda Luar Pantai Barat Sumatera Utara.

Kejadian ini berlaku sekitar jam 6.22 pagi dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan di media sosial.

https://www.facebook.com/fazali.baderi/posts/pfbid02yYtaUauyXdAU6TQqi2njoEQdbZzaWi4oaLfGthDrGevVAyUotriYXm5yLH3T9Db7l?rdid=BmCqB3KClPEo84Oz#

https://www.facebook.com/azizah.nur.5439/posts/pfbid0tRBeRLQWE3sFtFag1E9bww7NHpPskDCH47VHKZ7LgjjMyXhAjXb38ZnCyDttth8yl?rdid=oln9PGFvQ4NRlXKN#

https://www.facebook.com/fieyna.07/posts/pfbid0359TnAuzAeG13Lq6DwMCKQKHFQTBMuCoE9Eo7Vz9pZAoVtnGk26eHWbyEmHoYpT9Ql?rdid=yuf522HXdR6Wmqmt#

https://www.facebook.com/cahaya.mata.3367/posts/pfbid03jfbPZVJA42sGCG1x3xbSkXG3XfyoKL6fK7vjZ7stPtLcyDP3Ws4SUseLxz47NW8l?rdid=qbkCmnXn81c6OynK#

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa tersebut direkodkan pada koordinat 1.8° Utara dan 99.2° Timur.

“Pusat gempa bumi ini terletak 41 kilometer dari Sibolga, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, N.Sembilan, Melaka dan Johor.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” maklum METMalaysia.

Dalam pada itu, mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta untuk mengisi borang soal selidik melalui pautan di sini.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masing-masing ketika merasai gegaran tersebut.

Reaksi mereka menunjukkan betapa luasnya kesan gegaran itu hingga mencetuskan rasa cemas dalam kalangan penduduk.

“Patut la terasa sampai sini. Banting, Telok Panglima Garang, Klang. Semua rasa kuat juga gegaran ni,”

“Terasa kat Banting. Tengah baring bergoyang sofa. Sliding door bergegar. First time rasa gempa ni blur jap. Ingat kepala yang pening,”

“Seksyen 4 Petaling Jaya jam 6.25am pagi tadi,”

“Aku terasa juga kat Taman Mastaria KL,”

“Memang rasa kuat gegaran dekat Klang. Kuat rasanya sebab rumah kat tingkat 8,”

“Puncak alam rasa gegaran. Agak kuat juga air dalam baldi berkocak macam kena goncang,”

Sumber: Orang awam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved