Gempa Bumi Sederhana Magnitud 5.0 Landa Rantau Kepulauan Filipina

3 Dec 2023 • 12:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi Sederhana Magnitud 5.0 Landa Rantau Kepulauan Filipina

Gempa bumi sederhana kekuatan gegaran 5.0 magnitud dilapor melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 11.28 pagi ini.

Menerusi kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 70 kilometer (70km) tersebut berlaku pada jarak 83 km dari Bislig, Filipina.

Difahamkan, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sebelum ini, MetMalaysia di hantaran Facebook turut mengemas kini keadaan gempa bumi yang berlaku pada 10.02 pagi Ahad.

Sejak semalam, Filipina dilanda gempa bumi bermula dengan gempa bumi kuat pada jam 10.37 malam Sabtu dengan kekuatan gegaran 7.5 magnitud.

Kemudian, pada 11.37 malam semalam gempa bumi sederhana kekuatan gegaran 5.5 magnitud berlaku lagi di tempat yang sama menimbulkan keresahan dalam kalangan warga maya.

Susulan itu, gempa bumi sederhana kerap berlaku dengan jarak masa 30 minit hingga satu jam di kawasan Filipina dan MetMalaysia masih mengemas kini keadaan gempa di negara itu.

Sumber: MetMalaysia/Facebook