Gempa bumi Segamat: Sultan Ibrahim titah masjid, surau di Johor laksana solat hajat & doa selamat

LocalPolitics
30 Aug 2025 • 1:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan semua masjid dan surau di Johor melaksanakan solat hajat serta doa selamat selepas beberapa gegaran dilaporkan berlaku di Segamat sejak 24 Ogos lepas.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan titah berkenan memohon perlindungan Allah SWT supaya rakyat sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah dan bencana susulan gegaran itu.

“Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan doa agar negeri Johor serta seluruh rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman, selamat dan dilindungi daripada sebarang malapetaka,” menurut hantaran itu.

image is not available

Sultan Ibrahim titah masjid, surau di Johor laksana solat hajat

Sehingga kini, empat gegaran telah direkodkan di Segamat: pada 6.13 pagi, 24 Ogos (4.1 skala Richter); 8.59 pagi, 28 Ogos (3.2); 7.56 malam, 29 Ogos (2.5) dan 4.24 pagi semalam (3.4).

image is not available

Terbaharu, gempa bumi lemah sekali lagi berlaku di Segamat berukuran 2.7 pada skala Richter pada 7.29 pagi ini.