Yang di-Pertuan Agong Titah Semua Masjid Dan Surau Di Johor Laksana Solat Hajat & Doa Selamat

Entertainment
30 Aug 2025 • 1:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gegaran gempa bumi yang melanda Segamat, Johor telah menyebabkan ramai penduduk di daerah tersebut dan kawasan sekitarnya berada dalam keadaan panik kerana risau jika bangunan atau kediaman mereka rosak akibat kejadian tersebut.

Susulan kejadian gempa bumi di Segamat yang telah beberapa kali berlaku pada minggu ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah menitahkan agar semua surau dan masjid di negeri Johor melaksanakan doa selamat dan solat hajat mendoakan kesejahteraan rakyat daripada sebarang musibah atau bencana.

Sultan Ibrahim telah menitahkan sedemikian menerusi perkongsian di Facebook rasmi baginda.

image is not available

Yang di-Pertuan Agong bersama KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan doa agar negeri Johor dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman, selamat dan dilindungi daripada sebarang malapetaka.

Sama-sama kita doakan keselamatan penduduk di Segamat dan seluruh Malaysia.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.