Gempa Labuan Bajo: ‘Hotel rosak, tapi kami selamat’

LocalTravel
16 Aug 2026 • 8:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gempa Labuan Bajo: ‘Hotel rosak, tapi kami selamat’

PETALING JAYA – Percutian 16 rakyat Malaysia ke Labuan Bajo, Indonesia bertukar cemas apabila hotel yang didiami mereka rosak ekoran kejadian gempa bumi.

Menerusi perkongsian di Thread Anason.Travel, kesemua mereka melancong ke lokasi tersebut sejak 11 Ogos sehingga semalam dan kejadian gempa itu berlaku ketika kumpulan berkenaan dijadual berangkat pulang ke Malaysia.

Menurutnya, pihak kedutaan turut menghubungi mereka bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan kesemua pelancong selepas bencana tersebut berlaku.

“Terkena (dilanda) gempa hari nak balik (Malaysia). Kedutaan hubungi tanya keadaan, hotel rosak tetapi kami selamat. Alhamdulillah dah selamat sampai rumah,” katanya.

Pada masa sama, pemilik akaun tersebut turut mengingatkan rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara supaya mendaftarkan nama di kedutaan bagi memudahkan pihak berkuasa menghubungi dan membantu sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Terdahulu, angka korban akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Pulau Flores di Indonesia awal pagi semalam meningkat kepada 47 orang, dengan ratusan rumah dan kemudahan awam mengalami kerosakan. – KOSMO! ONLINE

The post Gempa Labuan Bajo: ‘Hotel rosak, tapi kami selamat’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved