Lagi Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Ranau, Sabah

LocalEnvironment
17 Dec 2024 • 1:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lagi Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Ranau, Sabah

Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah, pada jam 10:01 pagi, hari ini.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 6.0° Utara dan 116.6° Timur, dengan magnitud 3.1 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 14 kilometer dari Barat Ranau, Sabah, dengan kedalaman 10 kilometer.

Difahamkan, gegaran mungkin turut dirasai di kawasan sekitar Ranau.

METMalaysia memaklumkan bahawa pihak mereka akan terus memantau perkembangan situasi ini.

Setakat ini, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia.

Justeru itu, orang ramai, khususnya mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini, digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan mengisi borang soal selidik ini.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.

Sumber: METMalaysia