#GempakWrapped2024: Skandal Jenayah P.Diddy, Kemunculan Semula Celine Dion, Kematian Liam Payne Antara Kejutan Besar Dari Hollywood

25 Dec 2024 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dari kisah membanggakan Kuala Lumpur menjadi pilihan pengambaran filem antarabangsa sehinggalah kisah gelap yang jijik penyanyi rap P.Diddy, industri Hollywood juga penuh dengan warna-warni.
 
Jom, imbas semula kisah-kisah menarik yang mencuri perhatian dari Hollywood sepanjang tahun ini!
 

1. Penggambaran filem Marvel Thunderbolts di KL!







2. P. Diddy & jenayah seksual

Sean 'P. Diddy' Combs, rapper dan produser muzik terkenal dunia kini berdepan pelbagai tuduhan jenayah serius termasuk pemerdagangan seks, keganasan seksual, dan pemerasan.

BERITA BERKAITAN: Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs


Tuduhan ini melibatkan lebih daripada 100 mangsa, termasuk kanak-kanak, yang mendakwa dieksploitasi dalam 'pesta seks' anjurannya.
 
Bekas pasangan, Cassie Ventura, juga menuduh Combs melakukan penderaan fizikal dan seksual, yang diselesaikan di luar mahkamah.

Kerjayanya kini terjejas, dengan beberapa rakan industri menjauhkan diri. Combs kini menunggu perbicaraan pada Mei 2025. Kes ini menimbulkan perdebatan luas mengenai penyalahgunaan kuasa dalam industri hiburan.
 

3. Kemunculan semula Celine Dion

Celine Dion kembali ke pentas selepas berehat akibat Stiff Person Syndrome, gangguan neurologi jarang berlaku.
 
Kemunculan semulanya termasuk menyampaikan anugerah di Grammy 2024, menyanyi di pembukaan Olimpik Paris 2024, dan membuat persembahan di pertunjukan fesyen Elie Saab.

4. Jennifer Lopez, Ben Affleck bercerai

Jennifer Lopez dan Ben Affleck berpisah selepas hampir dua tahun berkahwin.
 
Lopez memfailkan perceraian pada Ogos tanpa perjanjian pranikah selepas berpisah pada April 2024.

Mereka mengekalkan hubungan baik demi anak-anak dan fokus pada kehidupan masing-masing.
 


Percintaan mereka bermula selepas menjayakan filem Gigli pada 2003.

ada asalnya, Affleck dan Lopez merancang berkahwin pada tahun itu, tetapi membatalkan selepas memutuskan hubungan pada awal 2004.
 
Selepas dua dekad, pasangan berkenaan kembali menjalinkan hubungan cinta.

5. Fasa kebimbangan Britney Spears

Selepas bercerai dengan Sam Asghari tahun lalu, Spears berpindah ke Mexico dan hidup bersendirian.
 
Namun, aktiviti media sosialnya sering mencetuskan perhatian, termasuk tarian menggunakan pisau.

BERITA BERKAITAN: Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri 

Memoirnya 'The Woman in Me' menjadi buku terlaris dengan lebih 1.1 juta salinan sejak diterbitkan Oktober 2023 dan akan adaptasi dalam bentuk filem.

Secara keseluruhan, tahun 2024 menandakan tempoh perubahan dan cabaran bagi Britney Spears dalam menyesuaikan diri selepas pelbagai episod kehidupan.

6. Kahwin & tunang artis Hollywood
 

Pada tahun 2024, beberapa selebriti Hollywood telah melangkah ke jenjang perkahwinan dan pertunangan antaranya pasangan Usher dan Jenn Goicoechea.

Beberapa pasangan lain juga mengumumkan pertunangan mereka tahun ini, antaranya Lady Gaga & Michael Polansky, Selena Gomez & Benny Blanco, Hailee Steinfeld & Josh Allen, Emma Roberts & Cody John, Nelly & Ashanti serta Taylor Swift & Travis Kelce.

7. Kematian artis Hollywood

 
Pada tahun 2024, industri hiburan Hollywood kehilangan beberapa bintang ternama. Antaranya James Earl Jones, Maggie Smith, Kris Kristofferson, Teri Garr, Shannen Doherty, David Soul, Bob Newhart.
 
Paling membekaskan kesan ialah kematian bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne pada 16 Oktober 2024 akibat terjatuh dari balkoni hotelnya di Buenos Aires, Argentina.

Kematian Payne menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk teori konspirasi yang mengaitkan insiden ini dengan individu tertentu dalam industri muzik.

View Original Article