Gempar, Bom Mortar Dijumpai Di Tepi Lebuh Raya PLUS, Berhampiran Terowong Menora

30 Jun 2025 • 10:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gempar apabila pekerja pembersihan menemui sebutir bom di KM265 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran Terowong Menora, Perak, petang tadi.

Susulan itu kesesakan teruk sehingga 15 kilometer. Bagaimanapun, bom terbabit sudah pun dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan dibantu UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata bom mortar 81mm dari kategori Unexploded Ordnance (UXO) itu dijumpai ketika kerja pembersihan landskap pokok sedang dilakukan.

"Pemeriksaan dijalankan ke atas bom UXO itu dengan ia didapati cukup sifat. Pasukan UPB mengambil tindakan pemusnahan bom berkenaan menggunakan teknik 'high order' kaedah elektrik.

"Pemusnahan yang hanya membabitkan sebutir bom itu berjaya dijalankan tanpa membabitkan kehilangan nyawa dan harta benda," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved