Trafik lancar di semua lebuhraya utama seluruh negara pagi ini

8 Jun 2025 • 10:12 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara lancar setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan pergerakan trafik lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta di semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

“Keadaan ini berikutan orang ramai masih belum pulang ke kediaman masing-masing selepas bercuti dan menyambut Aidiladha,” katanya di sini, hari ini.

Sebanyak 30 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini, bagi memastikan trafik kekal lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini trafik menerusi talian PLUSLine 1-800-88-0000 atau hotline LLM 03- 8738 3098/03-8738 3097, serta melalui laman X @plustrafik dan @llmtrafik.

Sementara itu, di Kelantan, situasi sama turut direkodkan di jalan Gua Musang-Kuala Lipis serta sempadan Kelantan-Terengganu, meskipun terdapat sedikit pertambahan jumlah kenderaan pagi ini.