Gempar Pemuda Palestin Dib*kar Dalam Khemah, Shaban Al-Dalou Pernah Berhajat Bawa Keluarga Berhijrah

Entertainment
16 Oct 2024 • 4:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dunia digemparkan dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini, dilaporkan rejim Zionis melakukan serangan yang mencetuskan kebakaran dahsyat di Deir al-Balah.

Serangan yang dilakukan ke atas khemah sementara yang menempatkan penduduk Palestin di perkarangan Hospital Al-Aqsa telah meragut nyawa pesakit yang berada di situ.

Video kebakaran itu telah dikongsi berpuluh ribu dan ditonton berjuta pengguna media sosial di seluruh dunia.

Paling meruntun jiwa apabila tular video seorang lelaki Palestin yang terbakar hidup-hidup akibat pengeb*man Israel.

Lelaki bernama Shaban Ahmad Al-Dalou berusia 19 tahun itu dilihat bergelut dan mengeliat kesakitan sebelum maut dalam api yang marak dalam khemah.

image is not available

Shaban Al-Dolou syahid bersama ibunya dalam kebakaran

Dalam kejadian yang menyayat hati itu, ibunya Alaa Al-Dalou dan keluarganya yang lain turut syahid dalam serangan yang dilakukan Israel pada waktu malam ketika berpuluh ribu pelarian Palestin sedang tidur.

Shaban ketika itu sedang mendapatkan rawatan kerana mengalami masalah kesihatan ekoran daripada kekurangan zat makanan.

Mereka sebelum ini dilaporkan berjaya mengelakkan maut dalam serangan Israel ke atas sebuah masjid yang terletak berhampiran sebuah hospital yang mengorbankan 20 orang minggu lalu.

image is not available

Berbulan-bulan kumpul dana untuk berhijrah ke Mesir

Menurut laporan, Shaban yang merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik sedang berusaha mengumpul dana sejak Mac lalu untuk berpindah ke Mesir sehingga perang tamat.

Shaban juga adalah seorang mahasiswa kejuruteraan perisian di Universiti al-Azhar, Gaza serta seorang huffaz al-Quran. Walaupun hidup dalam pelarian, Shaban tidak pernah melupakan pelajarannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AJ+ (@ajplus)

Salah satu video terakhirnya, Shaban merayu kepada dunia untuk membantu dia dan keluarganya melarikan diri dari zon perang yang dipenuhi khemah ke Mesir supaya mereka berpeluang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Dalam video itu juga, mereka telah banyak kali berpindah ke kem pelarian yang lain susulan daripada serangan tentera Israel sejak tahun lalu.

Sumber: Al-Jazeera

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.