“Gen Z Always Benak” – Tular Video Remaja 16 Tahun ‘Show Off’ Gaji 1K Sehari, Undang Kritikan ‘Geng’ Dewasa

Entertainment
13 Jun 2023 • 4:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Zaman sekarang ini, sebenarnya ramai Gen Z yang terkejar-kejar untuk dikenali di media sosial atau mengejar untuk menjadi ‘founder’ di usia muda.

Menyedihkan tetapi realitinya, ramai anak muda terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di media sosial iaitu memakai kereta dan barangan mewah hasil keuntungan perniagaan.

image is not available 1 bulan lalu

Tayang Kemewahan Di Media Sosial, Peguam Cukai Dedah Rupanya Ada 'Influencer' & 'Founder' Produk Tidak Bayar Cukai

Kalau korang aktif di media sosial pasti pernah ternampak video ‘inspirasi’ daripada anak-anak muda tentang perniagaan dan kekayaan yang mereka peroleh.

Seperti seorang remaja berusia 16 tahun ini yang menjadi perhatian selepas dia memuat naik video sebegitu di akaun Instagram.

Tangkap layar video tersebut dimuat naik semula oleh pengguna Twitter dan menjadi bualan warganet di Twitter yang sudah muak dengan ‘trend’ ini.

image is not available

Menerusi video tersebut, remaja terbabit dengan bangga memberitahu dia peroleh pendapatan RM1,000 sehari meskipun belum menduduki peperiksaan SPM.

Malah, dia bukan hanya menunjukkan dirinya keluar dari kereta mewah tetapi juga ketika mengira nota RM50 yang banyak sebagai tanda ia adalah keuntungan yang diperolehinya.

image is not available

Hantaran itu mendapat pelbagai respon berbeza daripada netizen malah pelakon baru, Nadhir Nasar turut memberikan komen tentang video tersebut.

Tiada sijil, miskin.”

image is not available

image is not available