“Kita Takkan Bagi Kalau Tiada Kepentingan” – Individu Dedah Founder Terkenal Bantu Orang Tak Ikhlas, Sekadar Nak Dapat Nama?

13 Jun 2023 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketika ini, nama seorang personaliti media sosial serta usahawan dikenali ramai sedang menjadi topik hangat di platform TikTok.

Difahamkan dari laporan XTRA, seorang individu mendedahkan bahawa pempegaruh tersebut didakwa memilih projek yang hanya akan memberi keuntungan untuk mereka saja.

image is not available

Hal tersebut mula timbul selepas individu terbabit meminta sumbangan daripada syarikat influencer itu untuk membawa anak muridnya ke Sabah bagi mengurangkan kos pengangkutan.

Bagaimanapun, individu tersebut berasa terkejut selepas pembantu peribadi pempegaruh itu melayannya dengan biadap dan angkuh.

image is not available

Biarpun dilayan sebegitu, individu terbabit akur dengan keputusan pempegaruh terbabit yang enggan menyumbang apa-apa tetapi terkilan dengan dengan cara PA tersebut memberi jawapan.

PA kata tak terima dan cakap pihak mereka tak ada peruntukan untuk program macam dan takkan bagi kalau tiada kepentingan.

Disebabkan hal tersebut, individu itu merasakan pempegaruh berkenaan akan tunjuk prihatin kerana mahukan ‘nama’ dan tidak betul-betul ikhlas menghulurkan pertolongan.

image is not available 1 bulan lalu

Tayang Kemewahan Di Media Sosial, Peguam Cukai Dedah Rupanya Ada 'Influencer' & 'Founder' Produk Tidak Bayar Cukai