Genap 10 tahun berumah tangga, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin terima ucapan tahniah, doa kebahagiaan

1 Sep 2026 • 10:22 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Genap 10 tahun berumah tangga, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin terima ucapan tahniah, doa kebahagiaan

GENAP sedekad melayari bahtera rumah tangga, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menerima ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan ke-10.

Ucapan penuh takzim itu disampaikan sempena ulang tahun perkahwinan pasangan diraja berkenaan yang diraikan pada 31 Ogos 2026 menerusi laman sosial rasmi @selangorroyalofficial.

"Dengan segala hormat dan takzimnya, patik-patik sekalian merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke-10, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Image from: Genap 10 tahun berumah tangga, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin terima ucapan tahniah, doa kebahagiaan

"Patik-patik sekalian sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Duli-Duli Tuanku serta sentiasa berada dalam perlindungan ALLAH Subhanahu Wata’ala, bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kemuliaan dan kedaulatan.

"Dirgahayu Tuanku♥️," titipnya

Ulang tahun perkahwinan ke-10 Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin pada tahun ini turut berlangsung bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Momen sedekad bersama tentunya menjadi satu detik bermakna buat pasangan diraja itu, selain mengundang doa rakyat jelata agar kebahagiaan serta kesejahteraan mereka terus berkekalan.

Semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan serta terus berada dalam naungan ALLAH SWT.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved