Doakan sambutan Hari Kebangsaan berjalan lancar - PM

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 6:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Doakan sambutan Hari Kebangsaan berjalan lancar - PM
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun ke-80 TM di Universiti Multimedia (MMU) pada Rabu.

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon rakyat Malaysia untuk mendoakan supaya keadaan jerebu terkawal menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September depan. 

Beliau berkata, ketika ini segala persiapan membabitkan jentera kerajaan sedang giat dilaksanakan untuk menyambut dua acara tahunan itu.

"Kita doakan ke hadrat ALLAH Subhanahuwataala mudah-mudahan jerebu lebih terkawal supaya sambutan boleh diadakan," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis peluncuran sambutan ulang tahun ke-80 Telekom Malaysia Bhd (TM) di sini pada Rabu.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Terdahulu, Fahmi dalam sidang media mingguan berkata, Shamsul Azri akan membuat pengumuman sekiranya terdapat sebarang perubahan pada sambutan Hari Kebangsaan 2026, susulan situasi jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, antara pilihan yang dipertimbangkan ialah mengubah skala sambutan atau lokasi, serta kerajaan tidak bercadang membatalkan sambutan Hari Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 31 Ogos ini. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved