Genap 3 tahun perkahwinan, suami sifatkan Heliza Helmi bidadari dunia, bertuah bertemu jodoh

EntertainmentLifestyle
2 Jan 2025 • 9:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Meleraikan spekulasi rumah tangga sedang bergolak, suami sifatkan Heliza Helmi bidadari dunia sepanjang tiga tahun usia perkahwinan mereka, semalam.

Usahawan yang juga suami kepada penyanyi Nur Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menzahirkan rasa syukur kerana bahtera perkahwinan mereka kekal bertahan sehingga hari ini.

image is not available

Suami sifatkan Heliza Helmi bidadari dunia

Menerusi perkongsian di Instagram, Mahadi turut menyifatkan kehadiran Heliza Helmi yang juga aktivis kemanusiaan sebagai pelengkap hidupnya selama ini.

Malah, dia juga berharao perkahwinan mereka terus berkekalan sehingga ke jannah.

“Alhamdulillah, hari ini genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama. Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah. Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku.
“Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata, dan pelengkap separuh agamaku. Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredhai dan dipimpin oleh Allah menuju syurgaNya.

image is not available

“Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalanNya.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Aku mencintaimu kerana Allah dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya,”titipnya di Instagram.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pasangan itu sedang dilanda badai. Bagaimanapun, Heliza tegas menafikan dan memberitahu rumah tangga mereka baik-baik sahaja.

Untuk info, Heliza dan Mahadi mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022.

Sumber: Instagram Mahadi BZ