Genap anniversary pertama, Syafie Naswip dedah isteri pernah keguguran

LocalEntertainment
24 Dec 2024 • 2:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dalam merai ulang tahun pertama perkahwinannya, pelakon Syafie Naswip dedah isteri pernah keguguran beberapa bulan yang lalu, sekitar Ogos.

Menerusi satu hantaran di Instargam, Syafie atau nama penuhnya, Muhammad Syafie Naswip telah memuat naik foto memaparkan imbasan anak mereka.

Syafie Naswip dedah isteri pernah keguguran

Instagram will load in the frontend.

Pada masa yang sama, pelakon berusia 32 tahun itu turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada isterinya menerusi ruangan kapsyen hantaran tersebut.

“Selamat ulang tahun yang pertama. Ini adalah permulaan bagi banyak lagi memori indah,” katanya.

Dalam pada itu, Syafie turut mengucapkan terima kasih kepada anak pertama mereka yang tidak pernah pasangan itu temui kerana pernah hadir seketika ke hidup mereka.

image is not available

“Empat bulan lalu, Al-Fatihah untuk Mohammad Eshal. Terima kasih hadir seketika, kamu memori terindah di tahun 2024,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya termasuk rakan selebriti yang turut menyedekahkan Al-Fatihah buat anak pasangan itu disamping mengucapkan selamat ulang tahun pada Syafie dan isterinya.

Syafie Naswip dedah isteri pernah keguguran, Al-Fatihah Eshal

image is not available

Selamat ulang tahun…

image is not available

InsyaAllah, rezeki akan tiba tepat pada masanya

image is not available

Sekadar info, Syafie telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Afiqah pada 23 Disember pada tahun lalu.

Sumber: Instagram Syafie Naswip