
Heboh di media sosial kini mengenai pendedahan bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir iaitu Azzahra Ahmad yang mendakwa dia dikasari oleh pelakon itu ketika mereka masih berumah tangga selain dipaksa menggugurkan kandungan.
Bergaduh Di Parkir Rumah
“I pernah nampak diorang gaduh kat parking bawah rumah, isteri dia sambil drive sambil jerit-jerit dalam kereta and stop tengah jalan, turun kereta jerit-jerit lagi tinggalkan laki dia.
“Lepas tu laki dia dari tempat duduk penumpang turun kereta macam cari-cari tengok isteri dia kemana then masuk kereta park ke tepi,” dedah seorang individu.
Individu itu mengakui terkejut dengan kejadian tersebut kerana ia berlaku dihadapannya.
“I pun macam terkejut jap sebab tengah lepak dalam kereta betul-betul jadi depan i,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Azzahra mendedahkan dia terpaksa hidup sengsara bersama Jay malah dipaksa untuk menggugurkan kandungan selain sering dikasari sejak tiga bulan pertama berkahwin.
Untuk rekod, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022.
Namun mereka disahkan bercerai pada 28 Oktober lalu.

