Gencatan senjata di Gaza selepas 5 hari pembantaian israel

14 May 2023 • 9:08 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

GAZA: Gencatan senjata berkuat kuasa di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza selepas 5 hari pertempuran antara tentera israel dan pejuang Jihad Islami yang mengorbankan sekurang-kurangnya 33 umat Islam Palestin.

Serangan balas mempertahankan diri oleh Gaza pula menyebabkan 2 orang israel terbunuh.

image is not available
Pasukan rejim israel membunuh 155 umat Islam Palestin sejak awal 2023. Kredit Times of Gaza

Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada jam 10 malam (waktu tempatan), menurut AFP dan sumber Mesir.

Puluhan bedilan roket dilepaskan dari Gaza ke arah israel menjelang 30 minit sebelum gencatan senjata, bagaimanapun ia digagalkan tentera udara rejim.

Rejim zionis berkata, dua roket dibedil dari Gaza selepas jam 11 malam.

Sementara itu, pegawai keselamatan Mesir berkata, cadangan gencatan senjata terbaharu itu dipersetujui antara israel dan kumpulan Jihad Islami.

Pejabat Perdana Menteri israel dalam kenyataan pula berkata, Penasihat Keselamatannya, Tsahi Hanegbi, berterima kasih kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, selain menyatakan penghargaan israel atas usaha gigih Mesir mengadakan gencatan senjata walaupun pada hakikatnya mereka yang memulakan pembantaian terhadap Gaza.

image is not available
Tsahi Hanegbi, Penasihat Keselamatan israel

“Maklum balas israel terhadap inisiatif Mesir memberi maksud pihaknya akan terus tenang, sebaliknya akan terus melakukan semua yang perlu untuk mempertahankan diri jika Israel diserang atau diancam,” bohongnya.

Sementara itu, pegawai bahagian politik Jihad Islami mengesahkan gencatan senjata itu dipersetujui mereka, selain berterima kasih kepada Mesir yang berusaha ke arah usaha berkenaan.

Rejim zionis semalam, sekali lagi menggempur Gaza dengan serangan udara menyasarkan anggota kumpulan Jihad Islami susulan serangan roket baharu ke israel, menandakan pengebumian komander tenteranya, Iyad al-Hassani yang terkorban, kelmarin.

Terdahulu, 2 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan israel di pinggir Nablus di utara Tebing Barat di mana pertempuran tercetus, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Enam komander tertinggi Jihad Islami dilapor terbunuh sejak Selasa, apabila tentera israel melancarkan kempen menentang kumpulan itu, mendakwa ia sebagai serangan yang dirancang.

image is not available
Inilah 33 wajah mangsa korban pembantaian 5 hari israel ke atas Gaza

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia