Seorang lagi pejuang Jihad Islam terkorban di Khan Younis

11 May 2023 • 5:39 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

GAZA: Liputan media antabangsa mengenai pembantaian umat Islam Palestin termasuk kanak-kanak dalam serangan pengganas israel ke atas Gaza, yang kononnya menyasarkan anggota gerakan Jihad Islami (PIJ), telah dikutuk sekeras-kerasnya di media sosial.

Kini, serangan pengganas itu menjadi tajuk utama di seluruh dunia, tetapi nada ceritanya berbeza-beza, menyebabkan kecoh di media sosial mengenai cara beberapa media memilih untuk menulis liputan mereka.

Pengguna media sosial lebih mahu melihat kepada tajuk utama yang memfokuskan kanak-kanak tidak berdosa yang dibunuh dan bukannya memberi tumpuan kepada ahli PIJ yang mati.

image is not available
Kredit Foto Twitter Times of Gaza

image is not available
Ali Hassan Ghali, komander unit pelancar roket diumumkan telah syahid

Dalam kenyataan tentera pengganas israel, mereka berkata hanya menyasarkan seorang komander unit roket dalam serangan udara ke atas sebuah bangunan di selatan Gaza, Khan Younis pada awal pagi Khamis.

Serentak itu, PIJ mengumumkan kematian Ali Hassan Ghali, komander unit pelancar roket kumpulan itu, dalam serangan sebelum subuh tadi yang dilakukan oleh zionis di selatan Semenanjung Gaza.

Sebagai mempertahankan diri, lebih 500 roket telah dilepaskan dari Gaza ke arah israel namun majoritinya dipintas oleh pertahanan peluru berpandu israel.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata dalam satu kenyataan bahawa dia mengutuk tindakan yang tidak boleh diterima dan harus dihentikan serta-merta kerana telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia