
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Selama lebih 25 tahun, DFP berdiri sebagai sebuah pusat seni dan budaya di Kuala Lumpur, dengan persembahan artis dan kumpulan unggulan pelbagai genre dan ekspresi artistik. Melalui inisiatif ini, DFP menyediakan platform untuk penyanyi, penggubah dan pemuzik baru untuk tampil ke depan dan mempamerkan bakat terpendam mereka.
Inisiatif yang dilancarkan pada Mac lepas telah menarik minat dari seluruh negara dan sebanyak 100 video ujibakat telah diterima dari artis/band berusia antara 18 hingga 30 tahun.
Setelah melalui proses saringan oleh pihak juri DFP, seramai 15 artis/band telah disenarai pendek untuk membuat persembahan sulung di DFP. Mereka membawa pelbagai genre muzik yang bakal mencorakkan warna persembahan yang menarik di pentas DFP nanti.
Senarai lengkap artis solo yang berjaya membolosi peringkat pemilihan ini ialah Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone, Ruebben Chelvan, Dekwa Cuwa, Amrita Soon, Khalyn Mulyani, Jo Lixian dan Mardiana manakala band yang terpilih ialah Meruked, LOKO, Saiko Rama, Cherry On Top dan Sounds Like Sunday. Mereka akan membuat persembahan dalam tiga siri konsert.
Konsert pertama bakal berlangsung pada Rabu, 24 Julai 2024 jam 8.30 malam yang akan menampilkan Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone dan LOKO.
LOKO

Ee Vone

Syiqin Azln

Fadzly

Ruhil Ariana Wilson

Konsert Generasi DFP seterusnya bakal berlangsung pada 25 September 2024 dan 20 November 2024.

