Geng offshore dipuji ingat anak isteri, mahu bawa berjalan bila balik cuti

Family & Parenting
30 May 2024 • 6:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Geng offshore dipuji ingat anak isteri apabila memilih untuk membawa keluarga pergi makan angin apabila mendapat cuti tidak lama lagi.

Menerusi konten yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai amaliahmad2593, dia telah memuat naik konten sewaktu bertanya kepada rakan sekerja ke mana mereka mahu pergi apabila mendapat cuti dan pulang ke darat nanti.

Ramai pilih bersama keluarga & orang tersayang

Kebanyakan mereka menjawab mahu membawa anak-anak dan isteri berjalan serta makan diluar selepas lama tidak bersua muka.

Buat yang belum berumah tangga, ada yang menjawab mahu bertemu tunang dan juga ibu bapa tersayang serta ahli keluarga yang lain bagi meluangkan masa bersama-sama.

@amaliahmad2593

Balik ning..tolong tuntut ye wahai para isteri #fypシ #setia #setiaitumahal #offshorelife #offshore #cutie @NjmiHakimi @Nur Atika Ramli @Serol Adam @pokteh6889 @Mek na @jerulll94 @Khai jambu @Kingfadino98 @Onesyazwan88

♬ suara asli – FANSNYAGAMMAONE

Geng offshore dipuji, ingat anak, isteri

Pengguna TikTok berkenaan juga sempat berseloroh meminta para isteri untuk menuntut semua janji yang dinyatakan para suami sewaktu menjawab soalannya itu.

“Balik ning..tolong tuntut ye wahai para isteri” tulisnya dalam dialek Terengganu.

Geng offshore dipuji mahu gembirakan keluarga

Perkongsian tersebut sudah tentu mendapat banyak maklum balas daripada warganet yang kebanyakan mereka memuji para pekerja offshore kerana tetap berusaha menggembirakan anak-anak dan isteri selepas lama berjauhan.

Mereka juga sempat berseloroh kepada para isteri supaya mengingatkan para suami jika mereka terlupa dengan jawapan yang diberikan sewaktu menjawab soalan tersebut.

image is not available

Semoga berkat pendapatan kerana bahagiakan anak & isteri

image is not available

Yang bahagiakan isteri & mak pun salute!

image is not available

Bagus semua nak bahagiakan isteri lepas lama berjauhan

image is not available

Yang nak ajak beli emas tu mantap!

image is not available

 

Sumber: TikTok amaliahmad2593